Skip to main content

Pusing-pusing Brussels!


24 Feb 2018


Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!
 
Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat Paris memang kebanyakannya mahal-mahal.

Bila hari dah siang, dan settlekan dah semua rearrange itinerary, kitorang start perjalanan pusing-pusing Brussels. First kitorang pergi ke Grand Place. Waktu ni, orang dah start ramai kat sini. Masa ini jugalah tiba-tiba ada buat pameran Atomium depan Grand Place ni, susah nak ambik full picture depan Grand Place sebab ada benda replika Atomium plastik dan orang ramai sangat kat kawasan tu.


Grand place


Then, kitorang ke Menneken Pis. Kat sini pun ramai jugak orang. Aduh, mana-mana pun ramai. Hari ni Menneken Pis pakai costume, tapi tak tahu lah sempena apa. Done posing kat Menneken Pis, sebelahnya ada kedai coklat dengan patung Menneken Pis, ambil gambar lagi. Haha.

Eee.. apa ni dik? Kencing kat khalayak ni?


Next, waktu untuk merasa waffle Brussels yang diwar-warkan tu. Saya beli waffle with chocolate and cream, harga 5 Euro. Rasanya boleh tahan, sedapp!


Antara kedai waffle yang ramai orang

Kat kawasan ini, boleh la tengok-tengok souvenir, sebab kat sini memang banyak kedai-kedai souvenir. Kalau dah ke Atomium, susah sikit nak jumpa kedai souvenir murah. Kedai-kedai coklat Belgium pun banyak yang murah-murah kat sini. Kitorang borong banyak jugalah coklat dari sini.

Lepas tu, kitorang naik train ke The Atomium. Kat sebelah The Atomium tu ada Mini Europe. Dalam Mini Europe ni ada replika-replika negara-negara kat Eropah. Kitorang tak masuk pun, tengok dari luar. Macam kotor sikit tengok kat kawasan Mini Europe. Amin bawak jalan sikit ke belakang The Atomium tu sebab nak tunjuk satu bangunan ni. Tak tahu nama apa, tapi banyak patung kat atas bangunan tu.

The Atomium

Bangunan dekat dengan Atomium tu


Dah penat jalan-jalan dan pusing situ, kitorang pun naik train balik semula Midi Train station tadi. Timing cantik je, kitorang solat zohor dan asar. Then, makan kat satu restoran halal tak jauh dari situ, lepas tu tunggu bas untuk gerak ke Paris pula jam 7 petang. 

Apa Pengalaman Menarik?

Kat sini menariknya bila dapat solat Subuh kat masjid di Europe. Masjid tu takde provide tempat perempuan pun, tapi kitorang minta dengan penjaga masjid tu untuk tumpang solat. Penjaga masjid tu bagi satu ruang untuk saya solat kat situ. Masjidnya kecil je, tapi selesa.
Then pengalaman dapat merasa waffle Belgium. Tak ada kat tempat lain dah.

Pandangan Tentang Brussels?

Orang-orang kat Brussels ni tak friendly sangat. Diorang macam susah jugak la nak senyum. Suasana kat Brussels ni pun kurang nyaman dan agak sesak dengan orang. Tapi untuk pengalaman, boleh singgah di sini sehari tanpa bermalam macam yang kitorang buat. Tempat-tempat menarik pun tak banyak sangat kat sini. So, sehari dah berbaloi.

Perbelanjaan:

Tiket bas London-Brussels: 19 Euro
Metro 1-day pass: 7.5 Euro

Comments

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta