Skip to main content

Kisah Di Suatu Pagi




" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286)

Bismillah..

Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student.

Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house..


Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk.
Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula.

" COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) characterized by increased airway resistance due to narrowing of lumen of airways.

COPD is triggered by excessive exposure to:
- cigarette smoke
- polluted air
- allergens (dust & pollen)

 bla.....bla.....bla............"

Seronok membaca, tgok-tengok dah pukul 2 pagi dah. Dalam hati, kalau tak tidur lagi, esok confirm mengantuk dan sakit kepala. Dah la esok turn saya memasak untuk ahli beit.

Nak boleh tertidur tu, ya Allah bukan main susah. At the same time, saya dengar kawan bilik sebelah pula bangun untuk study kot. Housmate yang sorang itu memang jenis yang study awal pagi.
Hampir sejam jugalah saya terkelip-kelip dalam gelap. Tapi akhirnya tertidur juga. Almost pukul 3 kot baru tertidur.

Sedang nyenyak tidur tu, tiba-tiba pula terbau something macam hangit2. Dalam sedar tak sedar, dengar pula bunyi bising-bising kat luar bilik. Bising dan kecoh yang amat sangat. Saya sendiri tak tahu macamana, dengan spontan, saya bangun dan lari keluar, even otak saya tak sempat pun lagi nak interprete ape yang jadi. Mean macam separa sedar tapi dalam keadaan alert, entah, tak reti nak explain. Haha.

Lepas tu, keluar je dari bilik tu, tengok-tengok ruang tamu dah tak nampak apa-apa dah, kelabu. Penuh dengan asap, nampk la sikit kelibat housemate saya samar-samar.

Saya pun cepat-cepat pergi buka pintu main entry rumah kitorang. Hurm, memang ada 1 pintu itu je pun rumah kitorang. Masa lalu depan bilik kawan saya tu, memang nampak la dalam gelap, api besar sangaattt kat dalam bilik.

Astaghfirullahal'azim.. Serius, saya cuak sangat masa tu. Dalam kepala saya, saya fikir kitorang semua kena lari keluar dah sebab api tu memang besar sangat. Tp, bila cuba padam dengan air, alhamdulillah api tu cepat terpadam.

Syukur alhamdulillah sangat, api itu tidak merebak cepat dan mudah dipadam. Lepas itu, habis semua tingkap rumah kitorang buka. Tengok-tengok jam waktu itu, pukul 4 pagi. Imagine, pukul 4 pagi, buka semua tingkap dan pintu rumah sekali, tak ke bahaya.. Saya yang dah lemas nak hidu asap dalam rumah itu pun turut keluar dari rumah bersama dua lagi housemate. Kitorang semua 6 orang di dalam rumah itu. Tapi agak seram jugalah keluar dari rumah pagi-pagi macam itu.

Semua dah macam tak terkata, nervous masih belum hilang. Apa yang kitorang paling bersyukur bila dua org kawan dalam bilik itu tersedar dari tidur mereka. Huh, meremang bila fikir jikalau diorang pengsan terhidu asap dalam bilik itu, memang syukur sangat.

Lepas beberapa lama, bila masing-masing tengok muka satu sama lain, semua tergelak. Haha.
Apa tidaknya, habis muka jadi hitam legam. Termasuklah tangan, baju dan semua barang-barang.
Semua bising-bising, cuci muka dua tiga kali pun masih tak hilang hitamnya. 
Rumah yang nampak ceria selama ini pun dah jadi kelam, huhu.

Abu-abu hitam yang melekat kat tangan, muka semua ni memang susah sangat nak hilang. Tiba-tiba saya teringat apa yang saya baca sebelum tidur tadi. COPD. Errr..rasa cuak bila fikirkan asap-asap yang dah kitorang sedut tadi. InsyaAllah semoga tiada apa-apa.


Hurm..bnyak jugalah benda yang terbakar. Mostly barang kepunyaan sorang housemate tu, baju-baju dia, katil, tilam, beg, heater, kipas, karpet..bnyak jugalah.

Beberapa minit lepas api dh padam. Kelam. Ini pun dah kira better than sebelum itu, saya tak nampak apa-apa langsung kat ruang tamu ni.

Lokasi kejadian sejurus lepas api terpadam..
Bilik ni gelap sebenarnye waktu ni sebab black out bila terbakar tu. Nasib baik tak black out satu rumah, kalau tidak memang dalam kegelapanlah kitorang.

Baju2 yang separuh rentung. Ada yang dah hangus terus dah pun.

Actually, punca kebakaran tu disebabkan heater. Saya sendiri tak sure macamana, tapi kemungkinan besar ada something jatuh atas heater yang menyebabkan benda itu terbakar.

Habis dinding, siling semua jadi hitam





Habis semua barang dalam rumah jadi hitam. Katil kitorang, bantal, almari, semua la.




Huhu, laptop saya pun kena.
Bila inform tuan rumah, dia suruh kitorang bayar 2000 LE untuk beli barang baru sebab katil dan almari tu tuan rumah punya. Hadoi, dah la duit elaun tal masuk-masuk lagi. Semua orang pun sedang kesempitan wang. Nasib baik juga ada sedikit duit sumbangan. Nasib baik ada akak-akak senior tolong kitorang.

Hurm.. kitorang ahli beit ada discuss tadi, salah seorang ahli beit saya cakap, nama sebenarnya boleh mempengaruhi life kita juga. Rumah kitorang nama RUMAH TABAH. Diorang cakap la, maybe disebabkan nama TABAH itu sendiri, kitorang banyak kena uji, sebab nak tengok ketabahan kitorang. Tambah-tambah lagi, ini kan Mesir.

Mana tidak nya, dah macam-macam benda berlaku sebelum ini. Dengan salah seorang ahli beit accident, lepas itu, kes cik Ti yang berleluasa dalam rumah ( dah berjaya dibanteras ). Kali ini pula kebakaran dalam rumah.

So, lastly kitorang buat keputusan tukar nama rumah.

Beit Tabah --> Beit Jannatul Firdaus

InsyaAllah, semoga dengan penukaran nama ini, rumah ini akan jadi mulia semulia namanya yang baru..dan insyaAllah semoga tiada lagi benda-benda buruk yang akan berlaku di rumah ini pada masa akan datang. Doakan ya.


" Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Comments

  1. InsyaAllah anti n kwn2 sentiasa dilindungi Allah s.w.t.... Aminn...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..aminnn..
    slalu doakan kitorang ek..^^

    ReplyDelete
  3. nasib baik la x dk gapo2 deh.. bahaya snggh. aq sem depey baru la dduk rumah sewa.. hehehe...

    tp nk tye gop.. subjek ECG tu subjek gapo? sbb aq pn ado gop blaja subjek ECG.. hee

    ReplyDelete
  4. hehe..ECG tu electrocardiogram..
    kaitan ngan alat check jntung..^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta