Skip to main content

I'm In London!



21 Februari 2018

Tiba di Gatwick London Airport dari Marco Polo Venice Airport via British Airways dalam pukul 8.30 malam. British Airways bagi saya sangat ok, sebab dia allow cabin bag dan laptop bag naik flight, lepas tu free cargo 23kg masa tu kalau tak silap. Dan harganya pun sangat berbaloi.

Tiba di airport, memang kitorang dan bersedia awal-awal segala dokumen kalau ditanya. Saya pun pernah terbaca yang kat airport London ni agak strict. Dia akan tanya tujuan datang ke London, berapa lama di London dan alamat tempat tinggal di London. Kadang-kadang mereka akan minta itinerary juga. Nasib baik saya sudah siapkan itinerary awal-awal dan dapat convince pekerja tu bila tengok itinerary. Alhamdulillah.

Lepas beratur panjang semua, settle semua benda, kitorang dapat keluar dari airport itu almost pukul 11 malam dah. Then, kitorang beli tiket bas National Express untuk ke London city centre guna machine kerana kaunter sudah tutup pada waktu itu. Agak mudah juga sebenarnya beli through machine. 10 pound seorang.

Terpaksa menunggu dalam 15 minit untuk bas tiba. Perjalanan ke London city center ambil masa lebih kurang satu jam lebih. Kami tiba di Victoria station bus dalam pukul 12.15 pagi dah. Masa tu terkial-kial jugalah cari arah nak menuju ke hostel kitorang. Sebab macam blur dengan kawasan baru. Nasib baik kitorang tanya seorang pak cik yang naik bas sama dengan kitorang ni, dan dia willing tunjukkan jalan ke tempat naik bas untuk ke kawasan Bayswater (kawasan Hyde Park). 10 minit jugalah berjalan. Setibanya di tempat menunggu bas itu, memang exact time, bas menuju ke Bayswater tiba-tiba sampai. Kitorang dah risau kalau waktu itu sudah tiada bas lagi. Alhamdulillah ada lagi rezeki. Kitorang pun terkejar-kejar naik bas. Rupa-rupanya bila naik bas, kita kena guna Oyster card, tak boleh bayar cash. Nasib baik driver bas itu macam baik jugalah. Katanya, disebabkan ni dah malam, dia akan hantar je kitorang tanpa bayaran, tapi esok kitorang kena beli Oyster card. Alhamdulillah dipermudahkan lagi.

Dalam bas pula, seorang pemuda menyapa Amin dan bertanya ingin ke mana. Amin memberitahu nama hostel yang kami dah book. Then, dia juga willing untuk menunjukkan jalan ke hostel kami. Mula-mula saya agak suspicious dengan kebaikan dia. Tapi, sebenarnya dia sangat baik. Namanya Musa, Muslim dan katanya warga Iran tapi sudah berpuluh tahun menetap di London. Dan Alhamdulillah lagi, dengan bantuan dia, kitorang sampai di hostel kitorang, Hostel Smart Hyde Park Inn. Sempat jugalah bergambar dengan Musa.

Plan pada asalnya ingin menginap di rumah kawan Amin di London kerana student Malaysia sangat ramai di London, tetapi last minute terpaksa tukar plan dan book hostel ini sehari sebelum bertolak dari Malaysia. Bagi saya, hostel ini bagus sekadar tempat untuk bermalam. Tapi kalau ingin bermalam dalam suasana yang selesa, hostel ini bukanlah tempatnya. Kitorang ambil bilik yang ada 20 beds. Tak pastilah jika bilik untuk 4 beds, mungkin lebih selesa. Katilnya ada langsir, tapi tak provide lampu di setiap katil. Maka, terkial-kial la kitorang guna lampu phone je malam tu nak pasang bedsheets semua. Breakfast provided sini.


22 Februari 2018

Pagi itu, saya turun breakfast. Cornflake dengan susu, dan roti bakar dengan jem. Amin dah pesan awal-awal, jangan minum susu sebab susu sini ada high lactose. Kata Amin, orang Asian ramai yang ada lactose intolerance. Tapi saya tak percaya sebab kat Malaysia, minum susu ok-ok je. Takde pula sakit-sakit perut. Maka, makanlah cornflake dengan semangkuk besar susu dengan seleranya. Amin tak turun breakfast, qada tidur.

After breakfast pagi itu kitorang keluar pusing-pusing kawasan London. Hostel kitorang sangat dekat dengan Metro Queensway. Sepanjang kiri kanan jalan kawasan ini, banyak sangat kedai-kedai makan halal. Kitorang beli Oyster card untuk 2 hari. First kitorang pergi Eye of London, Big Ben dan Westminster castle. Semua di satu kawasan je ni. Tapi sayang, waktu kitorang pergi tu, Big Ben sedang direnovate, so tak adelah rupa Big Ben itu,huhu. Dan kat kawasan inilah, serangan sakit perut pertama saya. Tandas awam kena bayar 1.5 pound. Amin dah gelak cakap siapa suruh minum juga susu.

Big Ben sedang renovate :(

Eye of London

Westminster Castle



Saya pun tiba-tiba rasa macam tak sedap perut, tak sedap badan. Amin pula katanya lapar sebab dia tak breakfast pagi tadi. So, kitorang decide untuk balik semula ke kawasan hostel kitorang yang banyak kedai makan halal itu (Bayswater). Tapi bila sampai di Metro, kitorang ternampak laluan untuk ke Tower Bridge. Dah alang-alang, why not kitorang pergi terus ke Tower Bridge kejap.

Tower Bridge

Tenang je pusing-pusing kawasan Tower Bridge ni sebab masa ni tak ramai orang. Dari sini boleh nampak juga Tower of London dari jauh. Kitorang ambil gambar banyak-banyak, barulah kitorang balik ke kawasan hostel. Kitorang pilih untuk masuk satu restoran Thailand ni, tapi lupa pula apa nama kedainya. Saya makan Fried rice with Chicken steam macam tu kot kalau tak silap masa tu. Harga dalam 6 pound macam tu.
Lepas makan tu, datang lagi episod-episod sakit perut yang seterusnya. Plannya lepas makan nak pergi sambung pusing-pusing London, tapi since sakit perut, saya ajak Amin balik ke hostel dulu. Entah berapa kali dah saya berulang keluar masuk ke tandas. Serius, memang lactose intolerance, tak pernah pun selama ni kena, huhu.

Kitorang solat zohor dan asar di hostel, then tunggu solat Magrib-Isyak terus. After Magrib pula barulah kitorang keluar semula dan menuju ke Oxford street. Kat sini banyak sangatt kedai-kedai berjenama, you name it. Semua ada kot kat sini. Haha. Actually cuci-cuci mata je kat sini, tak bawa banyak duit pun untuk shopping. Sebab memang tujuan percutian ni untuk jalan-jalan bergambar kenal-kenal tempat je. Then, on the way balik, kitorang singgah kejap di Buckingham Palace. 

Ingatkan malam nampak cantik jugalah, tapi biasa je. Tak apalah, sekurang-kurangnya pernah sampai dan pernah tengok. Then, balik hostel tidur.

23 Februari 2018

Sakit perut still tak berkurang. Terseksa jugalah bila berjalan dalam sakit perut ini. Kitorang checkout dari hostel, tapi tinggal beg dalam luggage storage hostel itu. Then kitorang keluar menuju ke Hyde Park. Hyde Park beberapa minit sahaja dari hostel kitorang. Luas dan cantik tempatnya. 





Lepas itu, kitorang ke King Cross station dan St Pancras station. Kat sinilah penggambaran dalam filem Harry Potter tu, yang kalau korang ingat ada platform 9 ¾ tu. Teruja jugalah bila dapat sampai dan tengok tempat ini. Bangunan St Pancras cantikkkkkkkk sangattt.


St Pancras Station



Platform 9 3/4 kat KingCross station. Kitorang tak ambil pun gambar macam ni, sebab barisan kena beratur panjang sangattt

Kat tepi platform tu ada kedai souvenir Harry Potter. Semua yang berkaitan Harry Potter ada kat sini.

Then, disebabkan hari ini Jumaat, kitorang cari nearby masjid sebab Amin kena solat Jumaat.

Nama masjid tu
 
After solat, kitorang continue perjalanan ke Camden market. Saya pun lupa pula untuk ke sana turun di station Metro mana. Tapi di hadapan station Metro itu, ada satu kedai kebab halal dan kami singgah sekejap untuk makan di situ. Murah dan sedap makanannya.

Di Camden market, kebanyakan barang-barangnya lebih murah. Kitorang borong semua souvenir dari sini. Agak banyak juga barang-barang yang kitorang beli. Sweater dan T-shirt pun lebih murah. Di sekitar Bayswater juga ada banyak kedai souvenir, tapi kat sini memang lebih murah.
Kat sini, ada kedai makan yang mana penjualnya adalah Malaysian dan Singaporean. Terkejut juga bila diorang boleh cakap Bahasa Melayu. Kitorang try jugalah beli makanan kat sini since nampak macam menarik. Kat sini jugalah kitorang jumpa satu family dari Malaysia yang juga datang bercuti. Seronok pusing-pusing sini!




Next, kitorang sempat singgah di Harrods. Bukan untuk shopping pun, tapi sekurang-kurangnya kenal lah rupa Harrods tu. Haha.



Malam itu, disebabkan perut saya masih memulas dan kitorang kena cari tempat untuk solat magrib-isyak, kitorang decide untuk ke Rumah Malaysia di London. Rupa-rupanya rumah Malaysia itu sangatlah dekat dengan hostel kitorang. Suraunya saaangat selesa, dan yang paling best tandasnya ada paip air.

Then, kitorang ambil beg kitorang di hostel dan bergerak menuju ke bus station untuk ke next destination, Brussels Belgium pula. Waktu cari bas tu, kitorang hampir tersesat dan almost terlepas bas, nasib baiklah masa tu tiba-tiba Musa tu muncul lagi. Kitorang pun tak expect akan jumpa dia lagi. Tak tahulah kalau dia memang follow kitorang selama ni. Tapi saya nak husnuzhon je, sebab masa tu pun dia yang tolong kitorang cari bas. Baik sanggaatt. Tak tahu macamana kitorang nak balas kebaikan dia. Mampu doakan sahaja untuknya.

The end journey in London.

Apa Pengalaman Menarik?

London ni best, sebab semua orang-orang kat sini saaangat baik dan peramah. Pengalaman menarik bila dapat tengok suasana orang solat jumaat di Negara London. Masjidnya kecil sahaja, seperti bilik sahaja. Dan mereka terpaksa buat dua pusingan solat jumaat kerana tidak dapat memuatkan ramai orang pada satu masa. Dapat tengok jugalah masa tu, rupanya ramai juga populasi muslim di kawasan itu.

Lagi, pengalaman bercuti dengan lactose intolerance memang tak boleh nak lupa. Tak menarik tapi unforgettable. Seksa dia tu tak tahu nak cerita macam mana. Haha. Sepatutnya tidur je kat hostel. Tapi sebab nak jalan punya pasal, sanggup. Haha.

Pandangan tentang London?

Bagi saya, dalam kesemua tempat yang saya pergi dalam Europe trip ni, London lah tempat yang paling saya suka. Kat sini tak banyak tempat sightseeing, tapi saya suka suasana kat sini. Terasa nyaman dan tenang je. Rasa macam selamat kat sini. Makanan halal pun mudah nak dapat. Kat sini satu lagi tempat yang sesuai jika ingin melancong satu keluarga. Saya dan Amin memang wish untuk datang sini lagi buat kali kedua jika berkesempatan masa akan datang insyaAllah.

Perbelanjaan

Flight ticket: 40E (RM195)
Tiket bas ke hostel : 10 pound
Hostel : 23 pound /2 night  (20 orang per room)
Oyster pass 2-days: 10pound (boleh refund 5 pound ,tapi tak sempat)

Comments

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta