Skip to main content

Italy Part II : Cuti-cuti Venice, City of Thousand Bridges


21 Februari 2018

Kitorang tiba di station train Santa Lucia Venice dalam pukul 5 pagi. Sebaik sampai tu, turun-turun dari train.. Ya Allah, sejuknyaaaa !! Sejuk dia tu sampai tak boleh nak describe. Amin yang dah biasa stay kat tempat sejuk pun terpaksa sarung seluar satu lapis lagi sebab sejuk yang amat sangat suhu masa tu. Kitorang pusing-pusing dalam kawasan train station tu dulu sementara tunggu matahari naik. Then, Subuh pun kitorang solat situ. Kat Venice ni semua benda agak mahal, termasuklah tandasnya. Tandas kat dalam station ni 5E sekali masuk. Terus batalkan niat nak masuk. Bayangkan, nak bayar RM25 lebih untuk guna toilet, serius la? Tapi kalau memang terdesak sangat, harga 10E pun terpaksa hulur. Takkan kau nak membuang kat kaki lima. Huhu.

Kat Venice ni, takde banyak sangat tempat menarik, the city itself dah memang menarik. Venice ni bandar atas air, so pengangkutannya pun melalui taxi air/ bas air. Tapi kitorang prefer jalan kaki sebab nak jimat cost lagi. Haha, memang sebab nak save budget punya pasal, maka saya heret je la beg tarik tu sepanjang jalan. Actually beg ni takdelah berat sangat, tapi disebabkan kat sini baaanyaakkk sangat tangga-tangganya, maka agak keletihan jugalah mengheret beg.

Kenapa tak bawak bagpack je, mudah?

To be honest, saya tak larat nak galas bagpack yang berkilo-kilo tu atas belakang. Body size tak sesuai kot.haha. So, that’s why prefer bawa beg tarik tu je.

Kawasan Venice ni berliku-liku macam maze, nasib baik Amin ada mobile data. So boleh buka Google map. Takdelah sesat bila follow google map. Btw, kalau takde internet, saya cadangkan download apps ‘HERE We Go’ awal-awal dan download maps tempat yang nak pergi tu. Then, apps ni boleh tunjuk route even off internet. Google map pun boleh guna off internet kalau tak silap.

First kitorang pergi ke Rialto Bridge. Kira macam famous bridge la kat sini. Sebab boleh nampak view Grand Canal dari atas bridge ni. Kira macam boleh nampak la macam mana kapal-kapal, bot-bot, gondola semua beroperasi dari atas ni. Awal-awal pagi, Gondola masih tak beroperasi.  Tapi nak sampai ke atas Bridge tu, tangganyaaa.. Terkial-kial jugalah heret beg bawa naik.

Then, cross Rialto Bridge tu, jalan-jalan lagi, kitorang jumpa dataran Piaza San Marco dan gereja St Mark Basilica. Kat sini, kitorang duduk lepak-lepak kejap, makan kebab yang kitorang tapau dari Rome semalam. Besar dan sangat mengenyangkan. Memang kitorang tak plan untuk makan di Venice, sebab kedai makan halal susah sikit nak jumpa dan harga makanan di Venice lebih mahal. Tapi jangan risau, kedai halal ada je, cuma terpaksa cari la sikit. Kitorang ada terjumpa satu kedai halal menjual pizza sewaktu jalan-jalan sekitar Venice ni.

Then kitorang pusing-pusing sekitar kawasan Rialto market.. Kedai-kedai barangan berjenama, barangan buatan tangan Venice banyak kiri-kanan, yang tak banyaknya duit. Maka, kitorang cuci mata sajalah sambil jalan-jalan cari toilet. Nasib baik toilet dalam kawasan ni lebih murah, 1.5E.
Kitorang sempat masuk kedai souvenir, dan beli-beli souvenir sikit. Lepas tu, kitorang decide untuk jalan balik semula untuk ke stesen Bas. Maka, terpaksalah meredah lagi ribuan anak-anak tangga tadi. Sambil berjalan, sambil bergambar. Memang kita boleh nampaklah gondola yang dah mula beroperasi dari tepi canal. Teringin nak naik! Tapi….. mengenangkan 80E, terpaksalah simpan sahaja niat dalam hati. ‘80E boleh simpan guna untuk macam-macam benda lain’ pujuk hati. Dapat sampai sini dan tengok suasana sini pun sudah memadai.

Jam 12 tengah hari lebih-lebih sikit kitorang dah gerak tinggalkan Bandar Venice menuju airport Marco Polo. Rasa sayang sebenarnya sebab macam tak puas lagi pusing-pusing Venice, tapi flight kami ke London petang nanti. So, tak boleh berlengah lama-lama. Harap sangat dapat berpeluang ke sini lagi satu hari nanti insyaAllah.

Pengalaman menarik?
Nak kata pengalaman menarik, takde la menarik, tapi dalam banyak-banyak tempat yang pergi, kat Venice la tempat yang paaaling sejukkkk. Entah berapalah suhu masa tu. First time rasa sejuk sampai semua rasa kebas beku, kaki tak boleh nak gerak dan even jaw pun rasa sakit bila nak bercakap. Lagi, pengalaman heret beg naik tangga semua tu. Perlukan semangat yang tinggi tau nak harung thousand bridges tu. Bridges kat sini semua bertangga. Huhu.

Pandangan tentang Venice?
Venice caaanntiiikkk sangat. Kalau Rome cantik dari segi senibina bangunan, tapi Venice ni cantik dengan keunikan tempat ni sendiri. Bangunan-bangunan dia colourful, lepas tu di kelilingi air lagi. Dari jambatan boleh Nampak bot semua tu. Rasa tenang. Kedai-kedai pun banyak juga untuk shopping. Tapi untuk spent sehari kat sini dah memadai bagi saya, sebab Venice ni tak besar sangat. Kitorang jalan dalam 5-6 jam pun dah dapat cover seluruh Venice dah.

Perbelanjaan:
Tiket bas ke Airport : 8E
Tandas : 1.5E haha

First view bila keluar daripada train station Santa Lucia. Waktu ni after Subuh.

Gondola-gondola baru nak mula operasi.

Huhu.. terkial-kial tarik beg naik Rialto Bridge plus dengan suhu sejuk yang amat lagi. Ada sorang pakcik kat bawah sana tu tengok and dah buat muka marah kat Amin sebab tak tolong angkatkan beg. Haha.

view Grand canal dari atas Rialto bridge, tapi sebab awal pagi sangat, lengang lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta