Skip to main content

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!


Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.  

18 -19 Februari 2018
Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul  7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya.
Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ramai yang cakap Iran ini penuh dengan para syiah. Then, dari Tehran, saya naik Aegean airways untuk teruskan perjalanan ke Rome. Kali ini, ada transit seterusnya iaitu di Athens. Berbeza daripada Tehran, di airport Athens, mereka memandang pelik kepada sesiapa yang memakai tudung. Masa security checking, diorang check habis-habisan. Scan atas kepala berkali-kali, risau kalau saya cuba sembunyikan bom bawah tudung kot.

Transit di Athens sekejap je, lebih kurang 1 jam 30 minit. Kemudian, sambung perjalanan ke Leonardo Da Vinci airport, Rome. Alhamdulillah safely arrived. Tapi kat sini, terpaksa tunggu adik lelaki (Amin) yang akan sampai pukul 3 petang. Maka menunggulah daku dengan sabar. Nasib ada unlimited wifi.

Amin tiba exactly pukul 3 petang. Yeayy!

Kitorang ambil pengangkutan yang paling murah untuk ke Roma Termini; Bas. Choice lain boleh ambil train atau teksi, kalau nak lebih cepat, tapi agak mahal sikit tambangnya. Perjalanan bas ke Roma Termini ambil masa lebih kurang 1 jam, dengan tambang 6 E. Kitorang sampai di Roma Termini dah almost nak Maghrib dah sebab musim sejuk sekarang, malam awal. Then, terus kitorang check-in Beautiful Hostel kawasan sekitar Roma Termini tu je. Memang dah book awal-awal. Peringatan: Hostel dekat Rome ni memang akan ambik extra tax dalam 2-3E (service tax kot, entahlah, tak pasti)
Hostel best, selesa. Tandas dalam bilik, empat katil. Lampu provided kat setiap katil, locker besar. Susunan katil sangat nice, rasa macam privasi terjaga. Nasib baik masa tu, ada sorang je yang check-in dalam bilik tu.

Malam tu, lepas solat kitorang keluar cari makan, then pergi Colloseum sebab nak tengok suasana Colloseum malam dengan lampu-lampu bagai. Serius, cantikkkk sangaatttt. Tenang je kawasan Colloseum tu, tak ramai orang waktu malam. So, boleh bergambar dengan tenang. On the way sebelum balik hostel tu, kitorang sempat lalu depan Basilica Santa Maria Maggiorre.

20 Februari 2018
Awal pagi lagi dah keluar. First destination, kitorang naik Metro pergi Vatican city, negara terkecil di dunia. Awal-awal pagi still tak ramai orang kawasan ni. Tak masuk pun muzium kat situ, just pergi tengok-tengok dan ambil gambar je. Kat sini ada St Peter Basilica dan muzium Vatican. Tapi tak masuk pun muziumnya. After Vatican city, kitorang jalan kaki je pergi ke next-next destinations.

Dari Vatican city --> Castel  Sant’ Angelo --> Fountain of Four Rivers (Piaza Navano) --> The Pantheon --> Fountain Trevi --> Spanish steps --> balik semula Roma Termini

Perjalanan ni semua just take about 3 and half hours je. Saya ingat setiap satu tempat tu jauh-jauh jaraknya. Memanglah agak jauh, tapi still boleh sampai by walking. So, okay la tu. Menyesal pula rasa beli tiket Metro untuk guna 24 hours unlimit.

Then, kitorang pergi makan kat restoran kawasan Roma Termini tu. Kawasan tu memang baaanyakkk sangat kedai makan halal. So, takde problem bab makan di Rome ni. Tapi kitorang suka lepak kat satu Restoran ni – Chicken Hut. Makanan kedai ni sedap, portion banyak, dan harga agak murah compare kedai-kedai lain. Datang Italy boleh la try rasa dia punya Pizza dan Spaghetti. Saya cuba tanya peniaga islam di kedai makan itu di mana kedai halal untuk beli Gelato.  Katanya, semua Gelato di Rome ini adalah buatan Italian. “ You don’t have to worry about halal. Everything is halal if you eat with bismillah”. Terkedu seketika. Dengar peniaga tu cakap macam tu, terus terbatal niat nak makan Gelato. Petang tu, lepas makan, solat semua, kitorang pergi lagi ke Colloseum, nak tengok suasana siang pula. Ramaaaiiii sangat-sangat orang waktu siang. Saya tak masuk pun dalam Colloseum sebab nak save bajet. Roman Forum kat tepi Colloseum pun tak masuk, sebab harga tiket yang agak mahal. And Amin pun dah pernah masuk situ sebenarnya.

Malamnya kitorang bertolak ke Venice naik Trenitalia dan bermalam dalam train je malam tu. Save penginapan semalaman. Trenitalia best, selesa dan laju. Ada class yang provide katil jugak. Tapi kitorang pilih untuk duduk je, lebih murah.

Apa pengalaman menarik?
Pengalaman menarik tak ada sangat pun kot kat sini. Cuma malam first tu, kitorang terserempak dengan seorang tukang masak Islam di kedai runcit. Then dia pelawa kitorang minum teh di restoran dia. Siap jamu manisan lagi. Baik sangat tukang masak tu. Katanya nak meraikan tetamu di Rome.

Pandangan tentang Rome?
Bagi saya, Rome saangat cantik, reka bentuk bangunan-bangunan unik. So, ambil gambar kat mana-mana pun semua cantik. It is a historical city. Antara tempat yang bagi saya sesuai untuk family trip. Sebab penginapan banyak dan murah, makanan halal pun mudah nak dapat. Pengangkutan mudah kalau dari Roma Termini (sebab centre Metro). Kalau nak shopping, depan kawasan Spanish steps, banyak kedai-kedai barangan berjenama. Kedai souvenir murah-murah pun banyak di sekitar Roma Termini.

Perbelanjaan:
KLIA – Tehran: RM 649
Tehran – Rome: RM982 (tiket flight mahal sikit sebab beli agak last minit, kalau beli waktu promotion lebih murah)
Hostel : 16E (include extra tax)
Metro ke Colloseum : 3E (2 ways masa malam first day)
Metro Roma pass 1-day : 7E
Trenitalia ke Venice : 12.90E

Vatican city. St Peter Basilica.

The Pantheon

Colloseum waktu malam

Castel Sant' Angelo
Spaghetti Aglio Olio (memang always jadi fevret!)
Pizza Margharita Italy

Trevi Fountain

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta