Skip to main content

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!


Post  ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013.

28 Januari 2013

 
Tiba Di Istanbul
Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata.
Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi.


Sheikh Badiuzzaman

Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badiuzzamanlah lah yang pergi menghulurkan apa yang dia ada ketika itu (lupa duit ke makanan yang dihulurkan).  Selepas itulah, beliau tiba-tiba menjadi mudah untuk menghafal. Semua buku yang dibacanya dapat diingati dengan sekali baca sahaja. Sehinggakan suatu masa beliau sudah tidak tahu hendak baca apa lagi. Semua bidang ilmu beliau sudah kuasai, betapa hebatnya Sheikh ini. Dan beliau terlalu sibuk mencari ilmu sehinggakan beliau tidak pernah berkahwin dan tiada keinginan untuk berkahwin pun. Terpegun bila mendengar kisah Sheikh ini.

Sewaktu zaman Mustafa Kamal memerintah, Al-quran tidak boleh dibaca. Sheikh Badiuzzaman buat inisiatif menulis Risalah Nur. Risalah Nur ini ialah sebuah kitab yang menghuraikan kandungan Al-quran dan memasukkan juga perkaitan dengan sains-sains dan ilmu-ilmu lain.

29 Januari 2013

Kitorang stay kat Hotel Klas. Wifi provided dan sangat laju. Selepas breakfast (also provided), kitorang bertolak ke Bursa. Perjalanan lebih kurang 3-4 jam. Entah berapa kali tersengguk-sengguk di dalam bas, mengantuk. Untuk ke sana, kitorang merentasi Marmar Sea, naik feri.




Jambatan Bosphorus yang menghubung antara benua Asia dan benua Eropah dalam Turki


View dari atas feri. Ustaz dah pesan awal-awal, bawa roti kalau nak bagi makan burung
Di Bursa ni, kitorang naik Bukit Ulu Dag, sebab dekat atas bukit ini la ada salji. Istanbul jarang turun salji, tapi di Ulu Dag ini biasanya akan bersalji waktu musim sejuk. Sepatutnya boleh naik dengan cable car, tapi ketika ini cable car itu dalam pembaikian, maka kitorang naik dengan bas. Ini first time experience jumpa salji, so excitednya tu terlebih sikit la. Ye la, sebelum ni tengok dalam tv je, ini ada depan mata.







Dah habis dah main salji, sambung jalan-jalan lagi..


Makam datuk Sultan Muhammad Al-Fateh

Grand Mosque / Ulu Camii (sebut Jami')
Tempat wuduk kat tengah-tengah dalam masjid
Masjid ini dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fateh kalau tak silap. Pada asalnya, kat bahagian tempat wuduk ini ialah tanah orang kristian. Diorang serahkan bahagian tanah diorang kat Sultan untuk buat masjid ni la, tapi dengan syarat tempat tanah diorang ini tidak boleh dijadikan tempat solat. Sultan Muhammad Al-Fateh pun jadikan kawasan tanah tu tempat wuduk kat tengah-tengah dalam masjid tu..
Dalam ni ade juga tulisan-tulisan khat memenuhi dinding masjid.Ustaz cakap, Turki tersohor dengan tulisan khat. Ramai yang datang ke Turki semata-mata untuk belajar khat.


30 Jan 2013







First place hari ni.. Pintu masuk Dolmabahce Palace

Perkarangan / Taman Dolmabahce Palace
 
Dolmabahce Palace

Dolmabahce Palace ni tempat tinggal 6 orang sultan. 24 sultan yang pertama tinggal di Topkapi Palace, lepas tu Dolmabahce Palace ni dibina dan next 6 sultan tinggal di sini. Tapi, istana ini sangat-sangat-sangat mewah, sehinggakan salah seorang daripada 6 sultan itu, Sultan Majid (kalau tak silap), keluar daripada istana ini disebabkan hidup dalam istana ini terlampau mewah.
Mustafa Kamal juga, sempat tinggal di istana ini beberapa bulan dan meninggal di sini.

Siapa Mustafa Kamal ni????
yang ni ke???
BUKAN yg ni lah....ini Mustafa Kamal Malaysia...

haa.. yang ni lah Mustafa Kamal Ataturk..
Ataturk tu mksudnya 'Bapa orang Turki'. Tapi ustaz yang bawa kitorang tu cakap yang gelaran itu tidak layak diberikan kepadanya, elok panggil Mustafa Kamal Al-La'i je ( yang dilaknat )

Dialah yang memperkenalkan sekular kat Turki ni. Banyak sangat benda dia dah buat dan ubah. Antaranya, tukarkan azan dalam bahasa Turki, tak benarkan orang solat di masjid, larangan membaca Al-quran dan banyak lagi. Boleh rajin-rajin google untuk info yang lebih detail.
Dia meninggal pd 10 Nov 1938, jam 9.05 pg. Sebab itulah semua jarum jam dalam istana ini disetkan ke pukul 9.05 untuk make sure bila tengok jam akan tringat kat dia. Tapi dikatakan mayatnya tidak diterima bumi, walaupun macam-macam cara dah buat. Last-last kena tanam dalam marmar ke ape dah, lupa pula..

Istana ni sangat strict penjagaannya, kena pkai plastik bagai luar kasut, takut kotor. Barang-barang kat dalam ni mewah semuanya. Beg pun kena make sure tak terkena furniture. Tapi sayang, kat dalam istana ni tak dibenarkan tangkap gambar. So, boleh letak gambar dari Mr. Google je la.


Ni ambassador hall. Tengok siling, siling tu diperbuat daripada emas.

Ini tangga. Semua berasaskan kristal.

Waiting romm

Ball room
Ini la hall dalam istana yang terbesar di dunia dan nampak tak lampu tu? Itu lampu kristal yang terberat di dunia, lebih 4 tan beratnya.
Siling dalam istana ini kebanyakan diperbuat daripada emas atau dilukis lukisan 3D, yang bila kita tengok, kita nampak real. Tapi cantik. Semua jenis kain pula diperbuat daripada sutera, sama ada kain langsir, karpet sampai la sofa.

Disebabkan kemewahan yang melampau ini la, ustaz cakap menjadi salah satu factor kejatuhan kerjaan Uthmaniah.

Gambar di jeti sebelum naik bot merentasi Selat Bosphorus







Gambar-gambar yang sempat ambil dari bot
Selat ni merentas benua Asia ke benua Eropah. Next kitorang pergi  Camlica Hill. Kat sini cuma tengok-tengok pemandangan Turki dari atas bukit


Lepas tu, barulah kitorang bertolak ke masjid Abu Ayyub Al-ansari.

Sape Abu Ayyub Al-Ansari ni???
Beliau ialah salah seorang sahabat nabi, ada kisah menarik tentang beliau. Tapi insyaAllah nanti saya ceritakan dalam post yang lain.
 
Kitorang solat zohor dan asar kat sini

Di luar masjid ini ada cable car untuk tengok kubur-kubur sahabat nabi. Tapi saya tak sempat nak naik cable car tu. Then, kitorang pulang hotel. Malamnya, jadual masing-masing. Kitorang keluar pusing-pusing, cari Turkish Delight. Manisan
yang famous dekat Turki ni. Disarankan beli sebagai buah tangan.



next part II, boleh klik pada link ini:

Turki Part II

Comments

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta